Thursday 26 December 2013

Kritis oh Kritis

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah,mari sama2 mensyukuri peluang yg masih diberi oleh Allah untuk merasai nikmat iman,nikmat sihat,nikmat hidup dan banyak lagilah! hehe
Sekarang huda berada di library atau nama glamerrnya PTSL.
Ramai kot student kat cni.Masing2 mood menghafal,memahami dan menghayati subjek yg dipelajari.Cewahh ayat bombastikk kau. Muahaha. Err.Astaghfirullah al azim,gelak terlebih pulok.

Huda tengah dok membaca Subjek Pembangunan Diri mengenai Pemikiran Kritis. Ada apa ngan topik ni??
Jeng jeng jeng.hahaha
Sebenarnya dulu masa kat matrik my beloved lec iaitu Pn Noriha selalu dok cakap pasal pemikiran kritis ni.
Beliau mengajar subjek Ekonomi,dan semua plajar kelas Huda takda asas ekonomi.
So,bila dalam kelas beliau kalau kitaorang blur atau tak tahu nak jawab apabila ditanya mengenai soalan2 yg diutarakan. Perkataan yg hampir acapkali dilontarkan ialah "berfikiran kritis la sikit", "jawab dengan kritis ya"dan lain-lain.

saja letak gambar ni,nak imbau memori lalu.kehkeh

So,Huda nak kongsi sikit apa tu kritis :)

Kritis menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga ialah tidak dengan mudah begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu. So,dalam permikiran kritis kita perlu buat pertimbangan baik buruk sesuatu dan tidak menerimanya bulat2. Hem,tengok maksud pun da tahu kenapa Pn Noriha asyik dok suruh kitaorang berfikiran kritis kan?

Antara kelebihan2 orang yg berfikiran kritis ni ialah:
  • Berfikiran rasional
  • Tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain atau sesuatu berita
  • Berkeyakinan tinggi dan berani seba
  • Peka terhadap persekitaran
  • Mempunyai ketahanan dan harga diri yang tinggi
  • Menjadi lebih matang dari segi cara berfikir dan bertindak
  • Bersifat objektif dalam membuat penilaian dan keputusan.
Jadi,konklusinya berfikiran kritis ni sememangnya penting tetapi pada masa yang sama kita juga memerlukan kemahiran pemikiran yang lain seperti pemikiran kreatif supaya idea atau hujah dapat diperbaiki bersama kerana pemikiran kritis bersifat terbuka. Sebagai  pelajar kita perlulah mempersiapkan diri dengan kemahiran2 pemikiran seperti ini sebagai bekalan untuk menempuh cabaran yang lebih besar dalam kehidupan kini dan masa akan datang.

Semoga bermanfaat kepada semua!
Semoga dipermudahkan urusan hari ini!

#Kredit kepada akaun Pn Noriha sebab banyak mengajar kami untuk berfikir di luar kotak.
Harapan saya agar puan terus bersabar dalam mendidik dan meggilap potensi pelajar2 puan :)
Sesungguhnya,jasa puan dan lecturer lain tidak terdaya untuk kami balas. Namun hanya doa mampu kami titipkan.Moga Allah merahmati kalian semua :)

Sekian sahaja untuk hari ini.
Akhir kata...awal tak kata apa2.haha *melawakla pulekk*
Okayla. bubyee semua!
Jangan lupa baca Surah Kahfi tau :)
Asslamualaikum.




No comments:

Post a Comment