Monday 2 January 2017

2017 Sudah Datang !


2016
Banyak memori indah tercipta,
Banyak juga berlaku sebaliknya,
Namun semuanya berlaku dengan izin-Nya,
Dewasalah kita dengan pengalaman dunia.

2017
Banyak cabaran yang menanti,
Teguhkan iman kukuhkan peribadi,
Semoga diri masih dilindungi Rahmat Ilahi,
Agar dapat terus melangkah dengan berani.

Selamat Tahun Baru semua !
Maaf andai ada salah dari diri ini,
Yang nyata mahupun yang tersembunyi,
Semoga masih diberi peluang memperbaiki diri,
Sebagai bekalan menuju tempat yang abadi.

Ikhlas,
Nurul Huda Binti Shamsudin
aka Hudhud Comel ihiks.

Wednesday 5 March 2014

Aku Kagum Dia

Aku.
Walaupun semakin tua (sikitla).
Namun kelakuanku agak kebudak-budakkan.
Sikapku menunjukkan kekurangan.

Dia.
Usianya masih muda.
Namun kelakuannya menampakkan kematangan.
Sikapnya menunjukkan kesabaran.

Terbit rasa kagum.
Rasa sentap turut muncul.
Timbul persoalan.
Kenapa aku tidak sepertinya.

---------------------------------------------------------------------------------

Waktu itu.

Mata.
Melihat dia.

Otak.
Memikirkan akan segala kelebihan dan kebaikannya.

Lantas.

Hati.
Bertekad untuk merubah diri.
Ingin menjadi seperti "dia".

Berubah.
Ke arah lebih baik.
Agak sukar.
Tapi inilah cabaran.
Harus bertahan.
Ini baru permulaan.


Yeahhh! Allahuakhbar!! 
Moga Allah redha.
Dan moga juga manusia di sekeliling makin sayang.
Muahaaa







Sunday 5 January 2014

E.M.A.K A.B.A.H

Allahurabbi. nampaknya demam exaam masih melanda.
Demam rindu mak abah,adik2,kucing dan rumah pula semakin parah. Huhu
harap dapat menyelesaikan 3 paper lagi dengan jayanya.InshaaAllah.

so,dek kerana rindu emak abah yg tiada penghujung.
terimalah. sedikit luahan dan pesan dari pihak penaja. eh?haha

Hebatnya mereka tiada tara,
Tiada pengganti,merekalah dihati,
Tanpa mereka hidup tidak bermakna,
Moga Allah lindungi dan rahmati mereka.

#emak#abah :')


Jom sama2 mendoakan kesejahteraan ibu bapa kita.
Sentiasa mantapkan hati supaya berusaha menjadi anak yg baik dan yg terbaik.inshaaAllah
Moga kita tidak menjadi sebahagian daripada kacang yg lupa akan kulitnya dan si tanggang yg lupa asal usulnya.
Nauzubillahi minzalik.


okayla,nak sambung study semula. Doakan Huda ye?
Kepada yang turut exam tu,all the best diucapkan.
Moga Allah permudahkan urusan kita semua.InshaaAllah,amin :)
Bubbye~~

Thursday 26 December 2013

Kritis oh Kritis

Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah,mari sama2 mensyukuri peluang yg masih diberi oleh Allah untuk merasai nikmat iman,nikmat sihat,nikmat hidup dan banyak lagilah! hehe
Sekarang huda berada di library atau nama glamerrnya PTSL.
Ramai kot student kat cni.Masing2 mood menghafal,memahami dan menghayati subjek yg dipelajari.Cewahh ayat bombastikk kau. Muahaha. Err.Astaghfirullah al azim,gelak terlebih pulok.

Huda tengah dok membaca Subjek Pembangunan Diri mengenai Pemikiran Kritis. Ada apa ngan topik ni??
Jeng jeng jeng.hahaha
Sebenarnya dulu masa kat matrik my beloved lec iaitu Pn Noriha selalu dok cakap pasal pemikiran kritis ni.
Beliau mengajar subjek Ekonomi,dan semua plajar kelas Huda takda asas ekonomi.
So,bila dalam kelas beliau kalau kitaorang blur atau tak tahu nak jawab apabila ditanya mengenai soalan2 yg diutarakan. Perkataan yg hampir acapkali dilontarkan ialah "berfikiran kritis la sikit", "jawab dengan kritis ya"dan lain-lain.

saja letak gambar ni,nak imbau memori lalu.kehkeh

So,Huda nak kongsi sikit apa tu kritis :)

Kritis menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga ialah tidak dengan mudah begitu sahaja menerima atau mempersetujui sesuatu. So,dalam permikiran kritis kita perlu buat pertimbangan baik buruk sesuatu dan tidak menerimanya bulat2. Hem,tengok maksud pun da tahu kenapa Pn Noriha asyik dok suruh kitaorang berfikiran kritis kan?

Antara kelebihan2 orang yg berfikiran kritis ni ialah:
  • Berfikiran rasional
  • Tidak mudah dipengaruhi oleh orang lain atau sesuatu berita
  • Berkeyakinan tinggi dan berani seba
  • Peka terhadap persekitaran
  • Mempunyai ketahanan dan harga diri yang tinggi
  • Menjadi lebih matang dari segi cara berfikir dan bertindak
  • Bersifat objektif dalam membuat penilaian dan keputusan.
Jadi,konklusinya berfikiran kritis ni sememangnya penting tetapi pada masa yang sama kita juga memerlukan kemahiran pemikiran yang lain seperti pemikiran kreatif supaya idea atau hujah dapat diperbaiki bersama kerana pemikiran kritis bersifat terbuka. Sebagai  pelajar kita perlulah mempersiapkan diri dengan kemahiran2 pemikiran seperti ini sebagai bekalan untuk menempuh cabaran yang lebih besar dalam kehidupan kini dan masa akan datang.

Semoga bermanfaat kepada semua!
Semoga dipermudahkan urusan hari ini!

#Kredit kepada akaun Pn Noriha sebab banyak mengajar kami untuk berfikir di luar kotak.
Harapan saya agar puan terus bersabar dalam mendidik dan meggilap potensi pelajar2 puan :)
Sesungguhnya,jasa puan dan lecturer lain tidak terdaya untuk kami balas. Namun hanya doa mampu kami titipkan.Moga Allah merahmati kalian semua :)

Sekian sahaja untuk hari ini.
Akhir kata...awal tak kata apa2.haha *melawakla pulekk*
Okayla. bubyee semua!
Jangan lupa baca Surah Kahfi tau :)
Asslamualaikum.




Oh Salahudin~

Terdetik di hati hendak mengenali siapakah gerangan pejuang Islam yang selalu disebut2 namanya.
Salahudin Ayubi atau nama sebenar beliau iaitu Yusof.
Baru baca sikit tapi wow! Subhanallah.
ohsem giler hamba Allah ni.

Jadi,sekarang sedang dalam proses menghabiskan membaca buku ini :)
Tapi masih tersekat-sekat sebab perlu ulamkan dengan mengulang dan kaji untuk final.huhu


Semangat semakin berkobar.
Diri semakin tercabar.
Namun perlu bersabar.
Biar hati berdebar.
Agar terus tegar.

#Tegar untuk meneruskan pembacaan dengan penuh penghayatan dan ke sod ba ro an(kesabaran).  cewahhh~haha
 Apa2 pun,harap dapat habis+hadam bacaan ni.inshaaAllah.





Wednesday 25 December 2013

Study week fever.

Awal bismillah pembuka bicara.
Assalamualikum dihulur penuh mesra.err (mesra sangat) -.-
kay.straight to the point.
Nah,luahan hati kecilku yg sedang meronta nak balik~kehkeh

Walau mood study week.
Moga tubuh tidak weak.

Walau hati rasa resah.
Harap diri tidah rebah.

Walau penat datang bertandang.
Harap tidak menjadi penghalang.

Walau final minggu depan.
Harap ilmu sedia tersimpan.

Walau rasa tak yakin.
Harap Allah tetap pimpin.


lol :p
Akhir kata.
Maaf dipinta.
Agar tinta.
Mudah berkata.
:)




Thursday 19 December 2013

Kagum

Subhanallah.
Kagum.
Tersentap.
Apabila membaca artikel ini.
Seorang mualaf,kaya raya,terkenal tapi tak alpa dalam menunaikan tanggungjawab sebagai seorang Muslim.
Moga kita sama-sama mengambil iktibar dan semat dalam minda,dalam hati,walau sesibuk mana kita,kewajipan terhadap Allah wajib diutamakan.


Tak Tinggal Solat Walaupun sibuk dengan Kerja



MENJADI adat! Di Bollywood, apabila seseorang itu berjaya menempa nama di persada dunia sehingga menikmati hidup dalam kemewahan, mereka berpusu-pusu menukar nama Islam menjadi Hindu, sebaliknya saya selesa dengan nama Allah Rakha Rahman atau AR Rahman,” itulah kata-kata pemuzik terkenal India yang nama asalnya Dileep Kumar.

Pasti ramai di Malaysia kurang mengenali pemilik nama ini, tetapi bagi peminat filem Hindustan tegar yang pernah mendengar muzik ciptaannya dalam filem Dil Se, Taal, Swades, Chazyya Chaiyya, Rang de Basanti dan Slumdog Millionaire amat mengenalinya. Dia lebih dikenali melalui alunan muziknya.

Jiwa kosong, rasa gelisah

Pembabitan dalam dunia muzik bermula seawal usia 11 tahun, beliau menjadi matang dengan rencam dunia pemuzik. Terfikir dibenaknya perlukah seorang pemuzik menghisap rokok, mabuk dan mengambil dadah?

Pergaulannya dengan ramai pemuzik menemukan beliau dengan seorang pemuzik yang memberikannya pandangan berbeza.

Pemuzik tersebut tidak mempunyai tabiat buruk malah menghasilkan banyak karya hebat. Kerana itu AR Rahman terselamat daripada pengaruh tidak sihat.

Ada ketikanya jiwa AR Rahman berasa kosong, gelisah seakan tercari-cari sesuatu, apakah yang dicari? Adakah Tuhan?

Pada asalnya, AR Rahman langsung tidak mempercayai Tuhan, kemudiannya dia menyembah berhala, tetapi tidak mampu menenangkan hatinya yang gundah.

AR Rahman bermimpi didatangi lelaki berjubah putih mengajaknya memeluk Islam. Tapi dia tidak mengendahkan mimpi itu dan menganggap hanya mainan tidur dan mimpi itu berlarutan sekembalinya ke India. Segera dia menceritakan kepada ibunya yang kemudiannya menyarankan AR Rahman supaya memeluk Islam.

Keluarga AR Rahman ditimpa musibah apabila kakaknya sakit. Apa yang dideritai kakaknya sama seperti yang berlaku kepada bapanya menanggung sakit hingga ke akhirnya. Keluarga AR Rahman memanggil paderi dan sami Hindu untuk berdoa supaya kakaknya sembuh, tetapi langsung tiada hasilnya.

Akhirnya AR Rahman dipertemukan dengan seorang alim, Syeikh Abdul Qadir Jeelani atau Pir Qadri. Seingat AR Rahman, keluarganya pernah bertemu Pit Qadri semasa ayahnya terlantar sakit.

Dengan doa dan kaedah perubatan yang diamalkan Pit, kakak AR Rahman berjaya disembuhkan.

Kuasa besar mentadbir alam

Pengalaman perjalanan hidup banyak mengajarnya, sehingga dia dan seluruh keluarganya memilih Islam. Kehilangan ayahnya membuat AR Rahman berfikir hidup ini bukan ditentukan mengikut kehendak seseorang. Dia merasakan ada suatu kuasa besar mengatur semua itu, cuma dia tidak tahu apa, atau siapa.

Jawapannya hanya ditemui apabila dia memeluk Islam. Jiwanya merasai ketenangan yang tidak pernah ditemui sebelum ini. Bersama Islam juga dia berjaya menghilangkan perasaan rasa rendah dirinya.

AR Rahman merasakan dirinya bagai dilahirkan semula. Malah bukan itu saja, kerjayanya pun berubah mendadak, dan rezekinya melimpah-ruah.

Pada 1989, AR Rahman berjaya memiliki studio sendiri yang mempunyai kelengkapan paling canggih di Asia. Dia juga berjaya mencipta kekayaan dengan penjualan album daripada filem dan mencipta lagu.

Namun kekayaan yang melimpah-ruah tidak pernah menutup mata AR Rahman daripada melihat keindahan Islam, malah semakin mendekatkan dirinya kepada Tuhan. Dia mengatakan apabila kita dikelilingi kemewahan, duit dan populariti, kemungkinan untuk menjadi lupa diri amat mudah. Hanya kepercayaan dan keimanan yang mampu menjaga kita.

Hari ini, setelah 20 tahun lebih memeluk Islam, AR Rahman mengecapi segala ketenangan di dalam hidup melalui jalan yang ditunjukkan Islam.

AR Rahman mengaku solat banyak membantunya menghilangkan tekanan dan memberi ketenangan, harapan dan keyakinan Tuhan sentiasa bersamanya.

Semua itu bukan saja mengingatkan AR Rahman mengenai dunia, tetapi juga hari akhirat. Justeru, dia tidak tinggal sembahyang walaupun terpaksa bergelut dengan kesibukan bekerja.

Kejayaan demi kejayaan dicapai dalam bidang muzik sehingga melayakkannya digelar Mozart Madras. Tetapi AR Rahman langsung tidak melupakan apa yang pernah dilaluinya sebagaimana dia mengingati saat manis hidupnya.

Sumber : Sinar Harian